Sunday, November 11, 2012

Syarat dan Hukum Doa Iftitah

Salam..
Doa iftitah dibaca sebelum Al-fatihah dalam solat..Hukumnya adalah sunat jika menepati 5syarat:-

1) Jika makmum masbuk masuk ketika imam sedang berdiri. Tetapi tidak sunat jika imam berada dalam keadaan iktidal, rukuk sujud atau duduk antara 2 sujud.

2) Sebelum makmum membaca ta'awwuz untuk bacaan Al-Fatihah.

3) Yakin akan cukup masa untuk membaca surah Alfatihah, supaya boleh rukuk bersama-sama dengan imam. Sekiranya tidak cukup masa, terus membaca Surah ALFatihah saja.

4) Bukan ketika Solat Jenazah

5) Yakin waktu solat fardu masih ada, maka tidak sunat membaca doa iftitah apabila dikhuatiri akan terlepas waktu solat.

Marilah sama2 update diri dengan melakukan perkara2 sunat dalam solat..Biar lengkap solat kita itu...

Ada yang tak tahu, tak hafal??Meh kita rujuk kat bawah ni..

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/E4rr2S2306k" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Semoga amalan ni diterima oleh Allah..

Mari Update Diri..

SUmber: SOlusi(2009)

No comments:

Post a Comment