Thursday, July 5, 2012

Nisfu Syaaban- Amalan dan Fadilatnya..

salam..
hari ni nisfu syaaban..
selalunya ramai yang buat bacaan Yassin 3x..
lepas tu ada orang cakap "Bidaah lah tu, Nabi tak pernah buat"..
hehe..kadang2 orang lebih suka menghukum dari mengkaji..
Bacaan Yassin tu boleh tapi jangan buat itu sebagai kewajipan..

Antara Hadis yang menyebut tentang malam nisfu syaaban:
Hadis daripada Saidina 'Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Apabila masuk malam nisfu Sya'ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta'ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian...sesiapa yang demikian ...sehinggalah terbitnya fajar." 
                                                  [Riwayat Ibnu Majah] 

Jom Baca Hukum amalan2 di malam Nisfu Syaaban..
dekat I Luv Islam.

Marilah menghidupkan malam nisfu syaaban dengan perkara yang baik dan diredhai Allah.Insyallah..
Lepas ni sambut Bulan Ramadhan pulak..tak sabar nak soalt terawih yang banyak pahala bila mengerjakannya...


No comments:

Post a Comment