Friday, January 13, 2012

Rasul dan Profesion Mereka...

salam..
mari kita tengok perkerjaan para Anbiya'

Adam a.s.- Petani
Idris a.s.- Membuat pakaian dan menenun.Manusia pertama yang membuat fabrik daripada pokok kapas. Sebelum itu, manusia memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang.
Nuh a.s.-Tukang kayu. Orang pertama yang membina kapal daripada kayu.
Daud a.s.- Tukang besi. merupakan tukang besi pertama dalam sejarah dan membuat baju besi dan pedang.
Yusuf a.s.- Budak suruhan dan kemudian diangkat menjadi wazir Mesir. Mempunyai ilmu mentafsir mimpi dan bijak mengurus wang Mesir sehingga mampu berdepan dengan kegawatan akibat kemarau.
Musa a.s.- Penternak
Ibrahim a.s.- Petani dan penternak
Ismail a.s.- Pemburu dan penternak. Orang pertama menjinakkan kuda sehingga boleh ditunggangi.
Ishak a.s.- Penternak
Ya'kub a.s.- Penternak
Syu'aib a.s.- Penternak
Soleh a.s.- Peniaga
Sulaiman a.s.- Pemimpin dan pentadbir yang mempunyai kerajaan yang besar.
Ilyas a.s.- Penenun
Muhammad s.a.w- Penternak kambing dan peniaga. Namun hakikatnya Baginda seorang Nabi yang serba boleh. Baginda seorang pemimpin negara, guru dan pensyarah,imam, ketua tentera, pakar rujuk, perancang ekonomi, perancang strategik dan sebagainya..

sumber:-Solusi Isu No.37

Friday, January 6, 2012

Anak Ganggu ketika solat??

Salam...

soalan: Masa duduk tahiyat awal, anak datang duduk atas peha...batal tak..?
Jawapan: 


Tak batal sebenarnya..kecuali jika si anak itu dalam keadaan bernajis.. Dalilnya pernah satu ketika Rasulullah sedang sujud, cucu baginda iaitu saidina hussin tiba-tiba naik atas belakang baginda. Baginda sujud lama2 tidak terus bangun kerana fikirkan cuucnya tak puas lagi bermain dan juga bimbang sekiranya saidina hussin terjatuh jika baginda bangun.. dalam solat, boleh meraikan kanak2..

sumber: Ustaz Azhar Idrus..

Makanan kegemaran Rasullullah S.A.W...

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.



Sumber: Facebook Peminat Setia Ustaz Azhar dan Zizan Raja Lawak..

Assalamualaikum...

salam...
blog ni bertujuan untuk membuat koleksi tazkirah2 atau permasalahan agama untuk diri saya..
senang nak simpan dan baca nanti..
sesiapa yang nak baca, dipersilakan..
tapi bukan saya yang tulis..semuanya diambil dari sumber yang diperakui benar..
marilah belajar ilmu dan sebarkan kepada yang tidak tahu seperti saya..
assalamualaikum...